PERAK 1 SABAH 0
(Perak mara dengan agregat 3-2)
Datuk Ong Kim Swee meratapi kegagalan anak buahnya di jentera serangan hingga menutup peluang mereka dalam Piala Malaysia.
Perak FC memberi mimpi buruk kepada wakil dari Borneo itu untuk ke separuh akhir Piala Malaysia menerusi agregat 3-2 di Ipoh, sebentar tadi.
"Keletihan merupakan salah satu sebab kami tidak dapat menggerakkan bola seperti yang kami inginkan.
"Perak menunjukkan keazaman yang tinggi melalui serangan balas," kata ketua jurulatih Sabah itu.
Dengan kedudukan 2-2 menjadi taruhan, Sang Badak terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah tetapi percubaaan Dominic Tan itu tepat mengenai Gabriel Perez.
Barisan kendalian Yusri Che Lah kemudian membalasnya dengan rembatan jarak jauh import kelahiran Serbia, Luka Milunovic, selepas setengah jam permainan dan makin rancak melancarkan asakan menerusi import Korea Selatan, Seo Seonung.
Usaha itu membuahkan hasil apabila gol yang dicari menjelma dalam masa kecederaan babak pertama yang berpunca daripada hantaran Sunday Afolabi.
Ia jaringan kedua peribadi Wan Zack Haikal Wan Noor dalam kancah ini dan dia hampir menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma yang diperoleh sebelum sejam memasuki permainan.
Dan di sebalik bahang di hujung permainan kelebihan tipis itu berjaya dipertahankan tuan rumah.
"Ini pencapaian terbaik saya sebagai jurulatih dan penyokong yang sudah lama tidak berasa suasana ini.
"Kami inginkan gol kedua tapi (serangan) Sabah menyebabkan kami terpaksa menukar taktikal.
"Apa pun, pemain saya berhak ke separuh akhir," kata ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah.