Piala Malaysia: Aura Bukit Jalil bangkit semangat Sang Penyu

Shaiful Shamsudin
Disember 5, 2023 14:23 MYT
Kepadatan penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil, yang mampu memuatkan 87,000 penonton mampu menghadirkan semangat buat barisan Terengganu FC.
Kelab Pantai Timur itu akan sekali lagi membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), tiga hari lagi untuk perebutan Piala Malaysia 2023.
Dalam masa sama, tiket kapasiti untuk penyokong Sang Penyu sudah pun habis terjual semalam.
Walaupun JDT hadir dengan reputasi sebagai juara 'treble' musim ini, ia tidak akan memudarkan semangat barisan Tomislav Steinbruckner untuk mengintai kejuaraan.
"Kami gemar dengan suasananya.
"Ia akan melonjakkan motivasi kami," katanya ketika diwawancara wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
#JDT #Malaysia #Piala #Terengganu FC #Stadium Nasional Bukit Jalil
;