Empat pasukan terakhir dalam saingan Piala Malaysia 2024/25 memiliki rekod dan sejarah tersendiri dalam misi merebut piala berprestij itu.
Jika melihat dari segi reputasi, Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangkakan tidak akan berdepan masalah dalam mempertahankan kejuaraan yang di pegang sejak 2019 itu.
Begitupun,Terengganu mungkin menjadi halangan paling tepat jika mahu melihat kelainan di pentas final Piala Malaysia kali ini tetapi Skuad Penyu wajar mencari bekalan selesa di laman sendiri terlebih dahulu jika ingin memecahkan dominasi Harimau Selatan.
"Saya jangkakan Terengganu akan berdepan JDT dalam perlawanan pertama separuh akhir di laman sendiri, jadi jika mahukan pasukan lain yang mara ke final maka Terengganu perlu membawa lebihan gol ke Johor dan sekurang-kurangnya boleh membawa era baru dalam perjalanan Piala Malaysia nanti." katanya.
Namun, Sri Pahang pula bukanlah pasukan yang konsisten musim ini dimana mereka akan bertemu Sabah dalam aksi separuh akhir nanti sekali gus meletakkan peluang buat skuad kendalian Fandi Ahmad untuk melangkah lebih jauh walaupun terdapatnya ura-ura kedengaran Tok Gajah sudah menghantar surat tarik diri daripada saingan liga musim depan.
"Dalam keadaan sekarang, banyak kelebihan pada kualiti pemain JDT yang ramai jadi mudah mengatur dari aspek pemilihan pemain yang diperlukan berbanding pemain Pahang yang perlu mengekalkan pemain sedia ada.
"Tiada dalam sejarah Pahang menarik diri dan tidak menyertai kejohanan dibawah naungan FAM sendiri. Jadi kami mengharapkan perkara ini tidak berlaku dan mungkin kesukaran buat MFL apabila terdapat pasukan yang tiddak mahu beraksi pada musim akan datang." tambahnya lagi.
Saufi Tahir
Tue Dec 24 2024