SMK Taman Desa Skudai dan Akademi Mokhtar Dahari akan membuat perhitungan di pentas final bagi merebut trofi kejohanan bolasepak Piala Liga Menteri Pendidikan Malaysia B-14 Tahun 2025 dengan rakan strategik 100PLUS selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing di separuh akhir pada perlawanan yang berlangsung pada Rabu.
Aksi cukup sengit di Stadium Mini Kulai, Johor menyaksikan tuan rumah SMK Taman Desa diikat dua sama dengan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman selepas tamat masa sebenar 70 minit perlawanan.
Pelawat terlebih dahulu didepan menerusi rembatan deras Muhd Wafiyuddin Lukman di minit 12 untuk mendahului 1-0.
Tuan rumah tidak goyah sebaliknya tenang menyusun gerakan dan menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan Faiz’zin Naqibbin Mohd Faizal Amrie yag terbias pemain lawan sebelum terus menerjah gawang diminit 26
Asakan bertali arus anak didik Rodolfo Pereda Villa nyata membuahkan hasil apabila giliran SMK Taman Desa meledak gol kedua sekaligus mendahului 2-1 di minit 57 menerusi jaringan Muhd Farish Haqiem Muhd Azharuddin.
Tekanan kian memuncak untuk SMK Tunku Anum apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Muhd Ammar Amsyar Muhd Suhaimi dilayangkan kad merah di penghujung perlawanan.
Namun, tuah seakan akan memihak mereka apabila 30 saat sebelum tamat perlawanan, apabila Muhd Zunur Amin Shukri menolak bola susulan aksi kelam kabut di dalam kotak penalti untuk gol penyamaan dua sama sekaligus mengheret permainan ke masa tambahan.
Afief Syamiel Aidilazhar muncul wira SMK Taman Desa apabila menjaringkan gol kemenangan untuk keputusan penuh memihak tuan rumah 3-2.
Mengulas tentang perlawanan, Rodolfo nyata memuji semangat juang yag dipamerkan oleh SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman dan turut berbangga dengan kebangkitan yang dipamerkan anak didiknya.
“Dua gol yang dijaringkan lawan menerusi set piece, mereka melakukannya dengan baik. Pada padangan saya, kami bermain dengan baik secara keseluruhannya tetapi perkara seperti ini boleh berlaku.
“Jika mereka merasakan selesa kerana memiliki kelebihan seorang pemain tidak memberi sebarang kesan, kami terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan gol.
Mengulas aksi final, beliau tidak melihat ulangan final tahun lalu akan menjadi sama. Sebaliknya Rodolfo melihat keyakinan dan kualiti yang berbeza dipamerkan pemain pemain sepanjang musim ini.
“Padangan dan apa yang saya lihat sepanjang tahun ini, mereka ada keyakinan dan jika pemain beraksi dengan baik, ia seolah olah tiada pasukan lain yang dapat mengatasi mereka.
“Tetapi mereka perlu tetap fokus dan bermain dengan baik ketika di final nanti, ianya pasti akan menjadi perlawanan yang hebat,”kata Rodolfo Pereira.
Sementara itu, pengendali SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Mohd Azizi Abdul Aziz berpuashati dengan pencapaian pasukan untuk musim ini terutama beraksi sehingga ke peringkat separuh akhir.
“Saya perlu bagi kredit kepada pemain pemain kerana mereka bermain selama 20 minit dengan10 pemain. Ada kesilapan mudah yang dilakukan dan JDT dapat menjaringkan gol.
“Tahun ini kami layak ke separuh akhir selepas gagal dalam beberapa tahun pasukan bawah 14 tahun ini gagal melakukannya dan ianya satu pencapaian yang baik,” katanya.
Menanti di final Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 14 yang menundukkan SMK Seksyen 11 3-1.
Ahmad Muzakif Fitri Muihamad dan Muhd Ima Luthfi Zairol Hisham meletakkan AMD B-14 2-0 masing masing di minit 21 dan 41.
Namun Muhd Aqmar Danish Kamarizuan merapatkan jurang 1-2 untuk SMK Seksyen 11 di minit 43.
Muhd Afiq Akram Yusni memastikan kemenangan mutlak untuk AMD B-14 dengan gol ketiga di minit 67 untuk Keputusan muktamad 3-1