Persatuan Bola Sepak Cina Kelantan (KCFA) yakin Kelantan mampu beraksi cemerlang di gelanggang sendiri dalam saingan sukar pusingan pertama Piala Liga Bola Sepak Cina Malaysia Zon Utara, sekaligus layak ke separuh akhir dalam kejohanan yang akan berlangsung petang ini sehingga Ahad depan.
Presiden KCFA, Chang Song Yee, berkata biarpun diundi bersama Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, faktor kelebihan beraksi di stadium sendiri akan menjadi pembakar semangat anak buahnya memberikan aksi terbaik dalam kejohanan kali ini.
“Memang kita tahu kekuatan pasukan Pulau Pinang yang mempunyai liga mereka sendiri selain kehebatan skuad Selangor dan Kedah Darul Aman. Namun, saya percaya motivasi yang ada dalam kalangan pemain kami dapat membantu tuan rumah mengatasi cabaran sukar ini.
“Secara realistiknya, saya harap kami mampu mara sehingga ke separuh akhir kerana dalam bola sepak, semua kemungkinan boleh berlaku,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan pasukan Kelantan, Song Yee menjelaskan skuad ini terdiri daripada 23 pemain yang dilatih oleh bekas pemain negeri, Mohd Anizan Daud sambil dibantu Goh Yew Cheng dan Thng Chin Wei.
“Kami sudah seminggu menjalani latihan intensif dan pasukan ini membariskan ramai pemain muda yang berpengalaman luas beraksi dalam Kejohanan Piala Presiden dan Futsal KCFA.
“Lebih menarik, tahun ini kami diperkuatkan dengan dua pemain luar yang cukup berpengalaman yang akan membantu keseimbangan pasukan. Ada juga pemain yang bekerja di Singapura dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut pulang untuk membantu skuad Kelantan kali ini,” katanya lagi.
Tuan rumah, Kelantan, akan turun turun beraksi menentang Pulau Pinang di Stadium Sultan Mohammed Ke- IV, petang ini manakala Selangor akan bertemu Kedah di Padang Perdana, Kota Bharu.