Skip to main content

Bola Sepak

Piala Konfederasi: Silva pastikan Portugal tidak kecewa lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

portugal-020717.jpg
PORTUGAL 1 MEXICO 1
(Portugal menang 2-1 dalam masa tambahan)

Adrien Silva menyumbat gol kemenangan dalam masa tambahan yang menyaksikan Portugal bangkit untuk membenam Mexico 2-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Konfederasi di Moscow, sebentar tadi.


Pemain tengah itu menyempurnakan sepakan penalti selepas Pepe terlebih dahulu menyamakan kedudukan pada masa kecederaan untuk memadam gol sendiri Luis Neto yang memberi kelebihan kepada Mexico. 

Skuad bimbingan Fernando Santos yang dinafikan slot perlawanan akhir oleh Chile di peringkat separuh akhir, sekali lagi berdepan dengan masalah sepakan penalti. 

Juara Eropah itu terlepas peluang untuk memecah kebuntuan perlawanan ekoran kegagalan Andre Silva menyepak masuk penalti pada separuh masa pertama. 

Penjaga gol lawan, Guillermo Ochoa, cemerlang untuk menyelamatkan rembatan Andre Silva yang sebelum itu dikasari oleh tonggak veteran, Rafael Marquez. 

Mexico kemudian menyumbat gol pertama perlawanan untuk anak buah Juan Carlos Osorio menghampiri kempen di Russia dengan nota kemenangan. 

Portugal yang garang melancarkan asakan tersentak apabila Neto tertampan bola ke gawang sendiri dalam usahanya menyekat hantaran lintang Javier Hernandez.

Pasukan kendalian Santos itu kemudian terus memberi tekanan dan akhirnya menyamakan kedudukan pada saat-sat getir apabila Pepe merakamkan gol antarabangsa pertamanya sejak Jun 2012, sebelum Adrien Silva pula tenang menyudahkan sepakan penalti ketika masa tambahan memasuki 15 minit permainan. 

Kedua-dua pasukan mengakhiri permainan dengan 10 pemain apabila Nelson Semedo dan Raul Jimenez dibuang padang. 






 

Advertisement

Must Watch Video