Piala Harapan: Manzoor Azwira cari garapan terbaik buat Penang

Shaiful Shamsudin
Februari 2, 2023 20:26 MYT
Pemangku jurulatih Penang, Manzoor Azwira, tampak tidak begitu peduli dengan kemenangan 4-0 ke atas Geylang International dalam aksi pembukaan Piala Harapan, malam tadi.
Sebaliknya, Manzoor lebih mengutamakan pembentukan skuad Haria Penang Haria menjelang saingan Liga Super 2023.
Jarinagan Azmier Aris seawal minit ke-2 sebelum Rafael Vitor menggandakan kelebihan buat tuan rumah pada minit ke-28 di Stadium Negeri Batu Kawan.
"Saya belum menitik beratkan lagi keputusan tapi lebih (terarah) kepada pembentukan pasukan.
"Musim ini Penang akan dibarisi 90 peratus muka baru.
"Walaupun berulang kali cakap perkara yang sama, mana mungkin selepas 2-3 perlawanan pasukan sudah sempurna.
"Ia dalam proses cuma masih terlalu awal dan ada ruang untuk diperbaiki lagi," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Muka baru, Rahmat Makasuf, kemudian memastikan pasukannya makin selesa di depan pada minit ke-34 sementara gol daripada Giovane Gomes, lapan minit sebelum wisel penamat, melengkapkan kemenangan bergaya Penang.
Penang akan bertemu Selangor atau Kedah Darul Aman dalam perlawanan final, Sabtu ini, dan sememangnya ia akan menjadi cabaran lebih kuat buat skuad Harimau Kumbang dalam kejohanan pemanas badan ini.
"Selepas lima perlawanan (ujian), saya masih mencuba kombinasi pemain-pemain. Masih nampak ada kekurangan yang perlu diatasi.
"(Corak persembahan) kami kurang tekal dalam setiap babak perlawanan malam ini, jadi ia satu cabaran yang kami cuba atasi," katanya lagi.
#Penang #Piala Harapan
;