Skip to main content

Bola Sepak

Piala FAM: UKM sedia bangkit bertemu Sime Darby

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

211017pialafam.jpg
UKM FC enggan menyerah kalah untuk final kedua Piala FAM berdepan Sime Darby FC yang akan berlangsung esok walaupun ketinggalan 1-0.

Bagi kapten UKM FC, Mohd Hafizzuddin Sulaiman, pasukannya akan turun berjuang sehingga wisel penamat bagi menangani Sime Darby FC.

Walaupun menyedari lawan memiliki pemain lebih berpengalaman, Hafizuddin percaya skuad kendalian Sulaiman Husin ini akan tetap turun dengan pendekatan merakam kemenangan.

“Kami menghadapi perlawanan timbal balik ini dengan misi mencari kemenangan. Menyedari Sime Darby memiliki kelebihan satu jaringan, ia tidak akan menjadi kekangan untuk kami mempamerkan persembahan terbaik,” katanya.

Sementara itu, pemain berpengalaman Sime Darby FC, Juzaili Samion, turut mahu memastikan bekas naib juara Piala FA 2013 itu mengambil kesempatan daripada kelebihan satu gol yang diraih dalam aksi final pertama.

Bekas pemain kebangsaan itu bertekad meraih kejuaraan Piala FAM pada musim kelimanya bersama Sime Darby.

“Perlawanan esok adalah sesuatu yang istimewa buat saya kerana ini merupakan tahun kelima saya bersama pasukan dan saya berharap mengakhiri musim ini dengan menjuarai Piala FAM,” kata Juzaili.

Advertisement

Must Watch Video