PIALA FA MALAYSIA

Piala FA: Cleylton mahu KDA waspada ancaman Bergson

Saufi Tahir 19/07/2024 | 09:28 MYT
Pemain tinggi lampai kelahiran Fortaleza, Cleylton Dos Santos, mengakui Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan sebuah pasukan ampuh serta sukar untuk ditewaskan.
Namun, ia bukanlah penamat kepada perjuangan Sang Kenari yang dijangkakan bakal meraih sokongan padu puluhan ribu penyokong di Stadium Darulaman.
Pemain berusia 31 tahun itu turut menganggap penggempur utama Harimau Selatan, Bergson Da Silva, sebagai individu yang perlu dirantai rapi sepanjang 90 minit perlawanan kerana penyerang kelahiran Brazil itu mampu menjadi duri dalam daging buat KDA.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, kali terakhir skuad hijau kuning mara ke pentas Final Piala FA ialah pada kejohanan edisi 2019 yang turut menyaksikan mereka mengecapi kejuaraan kali kelima dalam sejarah penubuhan kelab itu.
"JDT pasukan terbaik di Malaysia, bagi kami ia bukan tugas yang mudah tetapi ia bagus untuk kami.
"Dengan kehadiran penyokong, kami perlu tunjukkan kepada mereka aksi yang terbaik kerana mereka telah menyokong kami sejak dari awal. Kami harap stadium penuh malam ini.
"Ini adalah penting kerana kami perlu memberikan keputusan yang baik dan bekerja lebih keras untuk membawa bekalan (jaringan) sebelum perlawanan kedua nanti." Katanya kepada Nadi Arena.
#bola sepak #Piala FA Malaysia #Kedah Darul Aman #Cleylton Dos Santos
;