PIALA FA MALAYSIA
Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final
Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mencemar duli apabila turun menguji padang Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.
Skuad Harimau Selatan kini dalam persiapan akhir dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA menghadapi Selangor, Sabtu ini.
Semua pemain JDT tampak bersemangat menjalani latihan di atas rumput jenis zeonzoysia itu dalam suasana hujan renyai-renyai.
Iklan
Skuad Gergasi Merah pula terlebih dahulu mengadakan persiapan di venue serupa secara tertutup.
Must-Watch Video