PIALA FA MALAYSIA

Piala FA: Tugas getir Selangor bertemu Terengganu tanpa Orozco, Reziq

Najmi Iman 18/07/2024 | 09:30 MYT
Menjelang pertembungan separuh akhir pertama Piala FA di antara Terengganu dan Selangor, kedua-dua pasukan bakal berentap bagi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, untuk mecari kedudukan selesa bagi menempah tiket ke perlawanan akhir, esok.
Seperti sedia maklum, kem Selangor menghadapi kepincangan setelah kehilangan khidmat pemain utama, Yohandry Orozco dan Reziq Bani Hani yang dikenakan penggantungan aksi akibat dilayangkan kad merah ketika bertemu Kuching City, sebelum ini.
Namun, skuad Gergasi Merah Kuning itu mahu melakar kebangkitan susulan kekalahan kepada Kuala Lumpur City (KL City), dalam pertembungan derbi Lembah Klang saingan Liga Super, baru-baru ini selain mahu menumpaskan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner di hadapan penyokong lawan.
Menurut ketua pasukan, Safuwan Baharudin, meskipun menghadapi kesukaran tatkala membawa pulang keputusan yang kurang memuaskan ketika beraksi di gelanggang lawan (Kuching City dan KL City), pertahanan berusia 32 tahun itu menuntut rakan sepasukannya memperagakan persembahan terbaik bagi menghidupkan peluang bermain di tempat sendiri, Ogos depan.
#bola sepak #Piala FA #Selangor #Terengganu #Safuwan Baharudin
;