Piala FA: Tottenham tak remehkan kelab kerdil
Shaiful Shamsudin
Januari 11, 2025 09:01 MYT
Januari 11, 2025 09:01 MYT
Ange Postecoglou sedar Tottenham bakal berdepan lawan yang bermotivasi tinggi dalam perlawanan Piala FA di Tamworth, esok yang boleh mencetuskan salah satu kekecewaan terbesar dalam sejarah 144 tahun pertandingan itu diadakan.
Spurs akan menentang Tamworth yang kini berada di tangga ke-16 dalam Liga Kebangsaan untuk salah satu perlawanan yang pusingan ketiga pada hujung minggu ini.
Dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 1992, terdapat dua kejutan terbesar dalam 50 perlawanan Piala FA di antara pasukan divisyen utama dan kelab bukan liga.
Luton Town menang 1-0 di Norwich City dalam pusingan keempat pada 2012-13 setelah turut menyingkirkan wakil Liga Kejuaraan, Wolves, selain kemenangan 1-0 Lincoln City di Burnley pada 2016-17.
Juara lapan kali, Tottenham memenangi perlawanan pertama perlawanan separuh akhir Piala EFL ke atas Liverpool pertengahan minggu ini dan pastinya berusaha untuk menamatkan penantian selama 17 tahun untuk menjulang trofi utama.
Postecoglou, yang tidak merancang membuat rombakan besar untuk perjalanan ke West Midlands itu, tidak menjangkakan anak buahnya akan mengambil mudah permainan itu.
"Saya tidak ragu-ragu tentang sikap pemain. Semua pemain mempunyai pemahaman yang baik bahawa setiap perlawanan adalah penting," katanya.
Our @emiratesfacup journey so far. 🏆🪄Let us know your favourite Lambs match in this season’s Emirates FA Cup 💬⬇️#bristolstreetmotornationtamworth | #COYL 🐑⚽️ pic.twitter.com/BEVUuaEgfM
— Tamworth Football Club (@tamworthfc) January 8, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami memasuki perlawanan ini dengan pemikiran yang sama, iaitu memastikan kami melakukan perkara yang boleh kami kawal dan memberi penekanan terhadap perkara yang kami lakukan dengan sangat baik.
"Sentiasa wujud cabaran di luar sana.
:Saya pasti Tamworth akan fikir ia adalah peluang yang baik untuk mereka dan kami perlu bersedia untuk itu."