PIALA FA MALAYSIA
Piala FA: Tiada kelibat Syafiq Ahmad berdepan JDT, hanya ada 'Aura'
Pemain pinjaman Kedah Darul Aman (KDA), Syafiq Ahmad, tidak akan diturunkan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala FA antara KDA dan Johor Darul Ta'zim (JDT), esok.
Begitupun, melalui satu posting di laman rasmi KDA menjelaskan bahawa jiwa pemain berusia 29 tahun itu akan tetap kekal tersemat bersama semua penyokong.
Syafiq tidak dapat diturunkan bagi menghormati perjanjian pemain itu sebagai salah satu terma untuk tidak beraksi ketika menentang kelab majikannya sendiri, JDT.
Iklan
"Tanda tanya yang bermain ketika ini di minda penyokong, adakah kelibat Syafiq Ahmad akan bersama rakan sepasukan Sang Kenari malam esok dalam perlawanan Separuh Akhir 1 Piala FA 2024/25.
"Menghormati perjanjian pinjaman pemain penyerang prolifik dari JDT FC ini, antaranya terma untuk tidak beraksi menentang kelabnya sendiri iaitu JDT FC.
Tiada persoalan dan persetujuan pinjaman telah membuka banyak ruang dimensi dari mutu permainan, kepercayaan peminat dan harapan semua kepada pasukan Sang Kenari.
"Adalah harapan KDA FC agar semua pihak dapat melihat secara positif dan menyemat nama Syafiq Ahmad sebenarnya adalah rakan sepasukan yang berada di dalam padang dan anda pemain ke-12 di luar padang.
"Dengan rekod jualan cukup tinggi sehari sebelum perlawanan, pasti tersemat semangat Syafiq Ahmad di jiwa penyokong dan ayuh zahirkan sokongan anda buat Sang Kenari malam esok dengan kehadiran 25,000 penyokong hijau kuning!"
Must-Watch Video