Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Tekanan buat KL City bangkit atasi Kelantan TRW -- Declan Lambert

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

declan-lambert.jpg
Pertahanan Kuala Lumpur City, Declan Lambert, menganggap tekanan lebih memihak pasukannya menjelang aksi timbal balik pusingan 16 Piala FA menentang Kelantan The Real Warriors (TRW) di Cheras malam ini.

Pemain berusia 26 tahun itu mengakui jaringan awal amat penting untuk The City Boys mengejar kelebihan agregat 3-1 yang dimiliki TRW.

Pemain warisan Harimau Malaya itu berharap skuad Warga Kota berkenaan dapat menghabiskan saingan dalam tempoh 90 minit tetapi bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika perlawanan diheret ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti.

"Saya fikir keadaan kami lebih sukar kerana mereka memiliki kelebihan dua gol," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Kami perlu menjaringkan lebih dua gol berbanding mereka, jadi ia satu fakta mudah.

"Mujur kami akan beraksi di laman sendiri kerana kami bermain jauh lebih baik di depan penyokong sendiri, jadi kita akan lihat nanti."

"Kami perlu mencari gol awal untuk memberikan tekanan buat mereka dan sekiranya dapat dua gol awal, ia pasti lebih baik."

 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video