Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Tan Cheng Hoe terkejut menang besar

tan-cheng-hoe.jpg
Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe, tidak menyangka pasukannya mampu menang mudah 4-0 ke atas Sri Pahang FC dalam aksi pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, malam tadi. 

Menurutnya, pemain Gergasi Merah menunjukkan taktikal disiplin yang cukup baik sekali gus mengatasi cabaran yang mahu diberikan pasukan lawan.

"Itulah hasil daripada tumpuan dan juga semangat berpasukan, kami dapat menjaringkan empat gol dan saya sebagai jurulatih agak terkejut.

"Secara keseluruhan saya rasa semua pemain layak untuk menang. Saya harap untuk aksi berikutnya, pasukan kena kekalkan taktikal disiplin dan juga ketekalan setiap perlawanan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi tampil dengan persembahan berkualiti meledak dua gol dan masing-masing satu gol menerusi Faisal Halim dan Brendan Gan.

Cheng Hoe turut menjelaskan sudah mengkaji terlebih dahulu kelemahan Sri Pahang.

"Sebelum perlawanan, Sri Pahang turun dengan rekod tanpa kalah dalam liga dan mereka terbaik daripada segi permainan dan individu.




"Kita tahu sedikit sebanyak mengenai permainan mereka dan dapat mengatasi setiap kelemahan mereka. Saya tahu pemain nak kemenangan ini untuk layak ke peringkat seterusnya," katanya.

Negeri Sembilan FC akan menanti skuad bimbingan Cheng Hoe dalam pusingan suku akhir pada 28 Mei ini.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Must Watch Video