Selangor mengakui turun sebagai pasukan bukan pilihan atau 'underdog' dalam final Piala FA menentang Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Skuad Red Giants itu menyifatkan ramai yang tidak menyangka kemampuan pasukan itu untuk beraksi di peringkat akhir selepas berdepan pelbagai masalah musim ini.
Namun, ketua jurulatihnya, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir, optimis anak buahnya bakal mempamerkan saingan sengit kepada Pahang, terutama penampilan daripada pemain muda skuad itu.
"Selangor mempunyai pemain berpengalaman dan ditambah pula dengan kombinasi pemain baharu yang berpotensi besar, ia tidak boleh dipandang rendah pihak lawan.
“Saya jangkakan perlawanan esok agak berlainan dengan aksi final sebelum ini kerana Pahang juga mempunyai barisan pemain yang cukup berpengalaman di pentas final," katanya dalam sidang media pra-perlawanan final Piala FA, hari ini.
Selangor mengesahkan tempat dalam final Piala FA 2018 dengan kemenangan agregat 5-1 selepas seri 1-1 dengan PKNS FC dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.
Penampilan skuad Red Giants dalam final Piala FA kali ini adalah yang kelapan dan memburu gelaran juara buat kali keenam selepas kali terakhir muncul juara pada 2009.
Dalam pada itu, Nazliazmi berkata Selangor berkemungkinan tidak dapat menurunkan pemain pertahanan import, Willian Pacheco, yang cedera selepas dikasari Safee Sali dalam babak kedua aksi separuh akhir lalu.
"Jika melihat pada keadaan terkini beliau (Pacheco), 50-50 untuk diturunkan.Malah, dalam tempoh persiapan dalam beberapa hari ini, dia tidak turun padang.
“Namun, jika Pacheco tidak dapat bermain, kami masih ada Mohd Razman Roslan dan juga Muhd Amirul Haziq Rasmizal untuk bermain di posisi itu," katanya.
Sementara itu, kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah, yakin barisan pemain muda yang bakal diturunkan malam esok mampu mengejutkan benteng lawan.
"Jangan fokus pada saya tapi sepatutnya Pahang perlu berwaspada dengan pemain muda kami. Saya tidak mengejar rekod peribadi kali ini kerana kemenangan pasukan lebih penting," katanya.
-- BERNAMA