Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Selangor lemas di Gong Badak, Terengganu belum selamat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

noor.jpg
TERENGGANU 3 SELANGOR 2

Pertembungan dua gergasi Liga Super malam ini menampilkan pasukan Terengganu membawa bekalan tipis ke Stadium Petaling Jaya (MBPJ) apabila meraih keputusan positif di hadapan penyokong tempatan dalam perlawanan separuh akhir Piala FA, sebentar tadi.


Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, mempunyai aura tersendiri selepas sorakan peminat jelas memberikan tonik motivasi tinggi buat Sang Penyu susulan lencongan daripada pemain kebangsaan, Safawi Rasid, menghadiahkan jaringan pembukaan buat pasukan tuan rumah.

Berselang beberapa minit kemudian, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner menambah derita pasukan Lembah Klang itu selepas deretan daripada perancang utama, Nurillo Tukhtasinov, membelah lautan pertahanan yang sekali lagi merobek gawang Selangor untuk meletakkan Terengganu selesa di depan.

Pada minit ke-38, Alvin Fortes menghidupkan harapan buat anak-anak buah Nidzam Jamil susulan tampanan yang dilakukan memberikan gol untuk merapatkan jurang permainan sebelum tamat separuh masa pertama.

Naib juara Liga Super 2023 itu seakan-akan mendapat tamparan hebat ketika dalam bilik persalinan tatkala berhasil menyamakan kedudukan menerusi pemain lincah, Noor Al-Rawabdeh, untuk memberikan tekanan buat Terengganu.
 
Namun, segalanya berubah apabila penggempur berbisa, Ismahil Akinade, membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang utama sukar digugat susulan melakukan lompatan dan menanduk masuk bola hantaran daripada Nurillo yang melemaskan penjaga gol, Samuel Somerville.

Keputusan akhir kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk pasukan Terengganu berjaya membawa kelebihan satu jaringan untuk menghidupkan peluang ke perlawanan akhir, Ogos depan.

Advertisement

Must Watch Video