Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Selangor kini dikenali sebagai Piala Tan Sri Mustapha Kamal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fa.jpg
Bermula tahun ini, saingan Piala FA Selangor bakal berwajah baru apabila akan dikenali sebagai Piala Tan Sri Mustapha Kamal.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memaklumkan penjenamaan semula itu bertujuan untuk memberikan penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal dalam memajukan pembangunan bola sepak akar umbi di negeri Selangor.

"Penjenamaan ini melambangkan penghargaan yang mendalam terhadap dedikasi dirinya yang akan terus menjadi sumber inspirasi bagi generasi akan datang," menurut kenyataan FAS.




Badan induk bola sepak negeri itu turut menambah: "Inisiatif ini juga menjadi simbol kerjasama yang erat antara FAS dan Emkay Group dalam usaha bersama-sama membangunkan ekosistem bola sepak akar umbi di Selangor untuk tempoh lima tahun yang akan datang."

Mengimbas jasa Allahyarham, beliau menerusi Yayasan Emkay telah menubuhkan NPNG-Emkay Academy yang telah menganjurkan beberapa kejohanan penting dalam Selangor bagi mempersiapkan bakat muda ke peringkat lebih tinggi.

Antara pemain yang lahir daripada akademi itu ialah Sharul Nazeem Zulpakar yang kini menjadi tonggak pertahanan utama The Red Giants, selain turut pernah menyarung jersi Harimau Malaya!
 

Advertisement

Must Watch Video