Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Saya ada tiga hingga empat tahun romantik di MBPJ -- Nidzam Jamil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nj.jpg
Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, tidak menafikan keberadaannya di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seperti 'pulang ke rumah keluarga' selepas hampir setahun merantau.

Lebih manis, kepulangannya kali ini membawa kejayaan apabila berjaya menumpaskan bekas pasukannya, Selangor, untuk kali kedua musim ini dalam dua perlawanan peringkat berbeza. 

Dan, aksi timbal balik kedua suku akhir Piala FA seolah-olah membuktikan Nidzam masih mempunyai bisa di sarang sang Gergasi Merah.

Namun, rasa terkilan dirinya lebih kepada kegagalan anak buah mendominasi dalam pusingan pertama yang secara jelas membawa berita malang sebaik tamat 90 minit, semalam.

"Ini semua kenalan saya. Saya ada tiga hingga empat tahun yang romantik di MBPJ.

 

"Tetapi, inilah bola sepak. Esok atau lusa, kita tidak pasti di manakah kita.

"Anda takkan tahu apakah yang terjadi pada esok.

"Saya gembira dapat berjumpa kawan lama yang saya anggap keluarga," katanya di Nadi Arena.

Kemenangan 3-2 tidak menjamin apa-apa apabila mereka tetap kalah daripada segi agregat dengan perbezaan 6-3 memihak kepada Selangor.

Tetapi, ada keistimewaan yang berlaku sepanjang aksi apabila, kebijaksanaan tiga watak penting di bahagian pertahanan merupakan pemain kidal yang cemerlang membawa tugasan masing-masing.

"Ada satu ketika, kami bermain dengan dua atau tiga formasi. Dan, ada suatu masa  ketiga-tiga pertahanan merupakan pengguna kaki kiri.

"Saya tak pasti sama ada orang perasan atau tidak.

"Perkara itu tidak pernah terjadi," tambahnya. 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video