Sabah bakal layan kunjungan Kuala Lumpur (KL) Rovers dalam misi meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Piala FA, malam esok.

Selepas terkandas dalam suku akhir Piala FA musim lalu, pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee, pasti sudah merencana percaturan tersendiri apatah lagi selepas The Rhinos bakal turun tanpa kelibat tonggak utama, Darren Lok.

"Kami mahu menurunkan barisan terbaik bagi meneruskan momentum.

"Ketiadaan Darren Lok akan menjadi peluang buat pemain lain.

"Pemain yang akan diberi peluang terutama di Jakarta tempoh hari berkemungkinan besar akan datang.

"Tapi ia juga bergantung kepada ketika permainan berlangsung," katanya.

Mengisi tempat ketiga dalam Kejohanan Jemputan Derby Serumpun ketika jadual antarabangsa, Jafri Chew tampak menjadi calon terbaik Kim Swee untuk memastikan hasrat KL Rovers untuk mencipta kejutan lebur di Stadium Likas.