Piala FA: Ridzuan Abu Shah ada resepi rahsia robek benteng JDT

Saufi Tahir
Julai 4, 2024 19:45 MYT
Ketua jurulatih Malaysia Universiti (MUFT), Ridzuan Abu Shah, mempunyai rencana untuk menggempur benteng pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi kedua suku akhir Piala FA, Jumaat ini.
Tegas Ridzuan, pencarian sekurang kurangnya satu jaringan menjadi modus operandi MUFT, walaupun mereka sedar kehadiran MUFT ke JDT dengan jurang perbezaan jaringan yang besar.
Pada Ridzuan, tidak salah untuk memiliki cita-cita dan cita-cita yang di maksudkan itu terarah ke gawang skuad kendalian Hector Bidoglio.
Dalam pada itu, Ridzuan yakin kemampuan Alief Najmi Radzi mampu sekali lagi mencipta sensasi selepas jaringan tunggal pemain Penang itu tidak di kira.
Walaupun jaringannya tidak di kira dalam aksi pertama tempoh hari, Alief tetap tampak cukup bersemangat untuk sekali lagi menggempur pertahanan JDT demi sebuah jaringan walaupun beliau baru sahaja pulih daripada kecederaan ACL.

Berdepan dengan MUFT, Hector Bidoglio mahu anak-anak buahnya mengambil perlawanan ini secara serius. menunjukkan progres JDT minggu demi minggu. #DemiLigaKita #PialaFA2425 #MUFTJDT pic.twitter.com/OfAhEAcwJa

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kita sudah ketinggalan, perancangan untuk perlawanan kedua adalah untuk menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol di JDT.
"Sama ada kita kalah atau menang itu belakang cerita, tapi kita cuba untuk memecahkan benteng JDT sehabis baik pada separuh masa kedua nanti.
"Kebanyakan pemain gembira kerana ini adalah penggalaman jika menjadi pemain profesional nanti." katanya kepada Nadi Arena.
#bola sepak #Piala FA #MUFT #Ridzuan Abu Shah