Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Rezal kecewa Kelantan tersingkir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

8967789641641055525847_600x338.png
Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya, mengakui kecewa dengan prestasi anak buahnya apabila tersingkir daripada kempen Piala FA selepas tewas 2-1 kepada PJ City.

Ketumpulan serangan trio import, Nixon Guylherme, Kervens Belfort dan Fadel Antar gagal menyudahkan peluang terhidang sekaligus jadi punca kekecewaan dialami The Red Warriors.

Dengan berakhirnya kempen Piala FA, Rezal menggesa pasukannya segera bangkit dalam usaha buru slot ke Liga Super 2023.

Sementara di kem PJ City, pengendali pasukan, P. Maniam, lega perancangan taktikalnya menjadi meskipun pasukannya ketinggalan menerusi gol pembukaan pelawat dijaringkan Fadel pada minit ke-18.

Tegas Maniam, meskipun tampil dengan usaha 100 peratus tenaga tempatan, PJ City akan cuba sehabis baik untuk layak sejauh mungkin dalam kempen Piala FA musim ini.

 

Advertisement

Must Watch Video