Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Piala FA: Selangor buka kempen positif tewaskan 'Budak Universiti' meski bolos satu gol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Seramai 1772 penonton menjadi saksi kemenangan naib juara Liga Super, Selangor, membuka kempen Piala FA musim 2025/26 itu dengan langkah kanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi. 

Malaysian University menjadi mangsa pertama Selangor apabila tewas dalam aksi pertama kejohanan berprestij itu.

Dengan menggayakan jersi serba hitam, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi itu tampil garang apabila penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, membuka akaun jaringan musim ini seawal minit keempat menerusi hantaran bintang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Aliff Izwan Yuslan.

Kelebihan di tempat sendiri menjadi pemangkin Gergasi Merah menguasai keseluruhan perlawanan dengan pelbagai serangan berjaya diatur untuk menambah koleksi gol.

 

Giliran pemain import kelahiran Cape Verde yang dikekalkan sejak musim lalu, Alvin Fortes, memberikan kedudukan 2-0 buat Selangor pada minit ke-24.

Dan, Faisal Halim sekali lagi mencatatkan nama selaku penjaring tatkala Selangor selesa berada di depan 3-0 menuju bilik persalinan separuh masa.

Kejutan berlaku apabila kelab yang dipenuhi mahasiswa itu berjaya membolosi gawang Samuel Somerville menerusi Aiman Danial Che Ramlan, namun ia tidak mampu melakar kebangkitan buat pasukan Liga A1 Semi-Pro itu.

Advertisement

Must Watch Video