Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Pertahanan Selangor tak pandang rendah ancaman 'budak U'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cheng.jpg
Menjelang aksi pertama Piala FA Malaysia bertemu Malaysian University, pertahanan Selangor, Quentin Cheng, mengakui terdapat kelebihan sebagai pasukan pilihan.

Namun, dia tidak mahu beranggapan pertemuan pertama itu sebagai tugasan mudah dengan Quentin menegaskan Selangor perlu memulakan saingan Piala FA dengan langkah kanan musim ini.

"Tiada perlawanan yang mudah, tetapi kami pasukan pilihan untuk mara jadi kami berharap untuk melakukan dengan baik.

"Setiap perlawanan penting jadi saya akan lakukan yang terbaik untuk membantu pasukan." katanya.

Hakikatnya Quentin sudah mengorak langkah dalam saingan liga musim ini, walaupun tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Perlawanan Sumbangsih, dia muncul sebagai watak penting menerusi tiga hantaran yang membawa kepada jaringan Selangor menewaskan DPMM di Petaling Jaya, kelmarin,

Dalam perkembangan lain, The Red Giants mengumumkan jenama minyak pelincir tempatan sebagai penaja baru untuk pasukan Selangor.

Penajaan berbentuk wang ringgit itu berlangsung dengan kontrak satu tahun selain penekanan khusus tajaan dalam saingan Piala Shoope musim ini.

 

Advertisement

Must Watch Video