PIALA FA INGGERIS
Piala FA: Penampilan sulung Rashford raih pujian Emery
Unai Emery memuji persembahan Marcus Rashford dan Marco Asensio selepas gandingan itu membuat penampilan sulung bersama Aston Villa sebagai pemain gantian ketika bertemu Tottenham.
Seminggu selepas berhijrah secara pinjaman dari Manchester United, Rashford antara nama pemain di bangku simpanan bersama Asensio, seorang lagi pemain pinjaman dari Paris Saint-Germain.
Selepas Morgan Rogers menggandakan kelebihan Villa, dua pemain itu dibawa masuk ketika Villa melengkapkan kemenangan 2-1 dalam aksi pusingan keempat Piala FA sekaligus menambah tekanan buat pengendali Spurs, Ange Postecoglou.
Rashford kelihatan cemerlang dan bertenaga apabila bergandingan bersama Asensio, melakukan gerakan cemerlang bersama Rogers untuk cuba menembusi benteng akhir Tottenham.
Andres Garcia dan Doyen Malen, dua lagi pemain terbaru kelab yang dibawa masuk bulan lalu, turun, dalam kesebelasan utama di Villa Park dan Emery memuji mereka yang berjaya mendapatkan rentak dalam corak permainannya.
Dengan Villa menggunakan tiga pemain di jentera serangan, Emery gembira melihat penambahan terbaru pasukan dan memberikan gambaran yang jelas tentang untuk perlawanan akan datang.
"Andres Garcia dan Malen kedua-duanya bermain dalam idea yang kami ada," kata Emery.
'Mereka konsisten dan fokus. Selain itu, Marcus Rashford dan Asensio, kami menyaksikan kemahiran mereka dan bagaimana mereka membantu kami dan akan membantu kami lagi dalam beberapa bulan akan datang dalam pertandingan berbeza yang akan kami hadapi.
"Kami berada dalam cara baharu selepas perubahan yang kami lakukan. Kami menuntut kerana kami masih perlu menambah baik kerana beberapa isu taktikal dan bagaimana kami mahu bersaing dalam Liga Perdana Inggeris."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.