Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Pemain muda sekali lagi serlah kemampuan bawa Liverpool ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_75481833.jpg
Skuad muda Liverpool sekali lagi membuatkan Jurgen Klopp berbangga ketika Lewis Koumas menjaringkan gol ketika membuat penampilan pertama sementara pemain berusia 18 tahun, Jayden Danns turut meledak dua gol ketika The Reds mengatasi Southampton 3-0 di Anfield.

Kemenangan itu, hanya tiga hari selepas menjuarai Piala Carabao ke atas Chelsea, menyaksikan mereka bakal ke suku akhir Piala FA berdepan Manchester United.

Liverpool melewati tempoh getir apabila rata-rata pemain yang yang beraksi di final tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama ekoran masih belum sempat pulih ke tahap kecergasan terbaik apabila beraksi selama 120 minit dalam aksi sebelum ini.

Koumas, anak kepada pemain tengah Tranmere dan West Brom, Jason, antara enam pemain di bawah 21 tahun yang beraksi dalam perlawanan tersebut.

Dan salah seorang daripada pemain akademi, Bobby Clark, yang membuat penampilan ke-10 bersama pasukan, bertindak sebagai arkitek perlawanan sebelum tamat separuh masa pertama untuk membenarkan Koumas membuka jaringan.

Danns, anak kepada bekas pemain tengah Crystal Palace, Neil yang membuat debut di Wembley, hadir sebagai pemain gantian menjaringkan gol kedua pada minit ke-73 sekaligus membenarkan Anfiels menarik nafas lega.

Ia sekaligus memberikan ruang buat Klopp untuk menurunkan Trey Nyoni, pemain ketiga termuda Liverpool pada berusia 16 tahun dan 243 hari untuk beraksi dalam Piala FA.

The Kop mula meluangkan sorakan 'kami belum menang trofi -- sejak Ahad lalu' -- sejurus sebelum Danns menjaringkan gol kedua pada minit ke-88.
 

Advertisement

Must Watch Video