Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Peluang Selangor hadiahkan penyokong sesuatu dari Terengganu

nidzam-jamil.jpg

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil menyifatkan perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat peluang terbaik kepada anak buahnya menghadiahkan sesuatu yang boleh dibanggakan penyokong-penyokong The Red Giants.

Mengakui rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam Liga Super sebelum ini memihak kepada The Red Giants berbanding kejuaraan domestik lain, Nidzam juga mahu pemain-pemain Selangor memanfaatkan peluang pentas kejuaraan tahap dua Liga Malaysia itu dengan meraih keputusan positif.

“Kita tahu Terengganu merupakan pasukan pilihan pentas Piala FA, tambahan pula selepas kemenangan motivasi ke atas Sabah.Biarpun begitu kita juga berhasrat mahu ke perlawanan akhir dengan misi separuh akhir pertama kita adalah keluar dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan keputusan positif untuk perlawanan kedua di Petaling Jaya.

 


 

Advertisement

 

“Jadi tahap disiplin tinggi akan diperagakan pemain-pemain Selangor kerana kita tahu Terengganu antara pasukan yang mempunyai taktikal serangan terbaik selain ketajaman penyudah dalam saingan liga ketika ini,” katanya.

Mengulas mengenai tiket perlawanan tersebut yang 'sold out' Nidzam berkata: “Dalam bola sepak sekiranya stadium penuh sesuatu yang bagus terutamanya buat pasukan tuan rumah begitu juga Terengganu.

“Ya, kehadiran pemain ke-12 Terengganu satu moral booster kepada tuan rumah, tetapi kita tidak menganggap atmosfera berawayday sebegini sebagai satu tekanan.

“Apa yang penting pemain-pemain Selangor perlu fokus 100 peratus terhadap permainan, malah dengan sikap yang betul selain bijak mengawal emosi di padang, kita boleh keluar dengan keputusan positif.” - Sinar Harian

Must Watch Video