Piala FA: Pasukan Malaysia Universiti cipta kejutan singkirkan The Cops

Fariha Razak
Jun 13, 2024 15:27 MYT
Pasukan dari Liga A1 Semi Pro, Malaysian University (MUFT) jadi pasukan amatur pertama mara ke suku akhir Piala FA selepas membuat kejutan untuk menyingkirkan pasukan di Liga Super, PDRM FC dengan jaringan selesa 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam.

Malaysia University jadi pasukan amatur pertama berjaya layak ke suku akhir Piala FA Malaysia! ?? ? MFL pic.twitter.com/d5KZY3zwg0

— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
MUFT hanya perlukan 4 minit sebaik wisel permainan dibunyikan untuk cipta jaringan pembukaan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti menerusi Syahir Rahman. Lebih menakjubkan, Gawang PDRM sekali lagi bocor 5 minit selepas itu untuk MUFT menyumbat masuk gol kedua kalini disudahkan Hadi Mohamad.

Tamat babak pertama penuh kejutan! Dua jaringan awal daripada Malaysia University meletakkan mereka selesa di hadapan Mampukah PDRM bangkit pada babak kedua?#PialaFA #DemiLigaKita pic.twitter.com/jH8lgMdilR

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PDRM yang dahagakan gol, cuba untuk bangkit di babak kedua dengan memasukkan beberapa pemain seperti Nazrin Nasir, Hidhir Idris, Eizrul Asyraf, Alif Naquiddin dan Hakimi Mat Isa untuk mengubah perlawanan hanya untuk MUFT menambah jaringan akhir di minit ke 90 menerusi Zharif Nafzan sekaligus menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya 3-0. https://x.com/ASTROARENA/status/1800905440404156736
“Kita bukan nak tunjuk yang kita pandai, tetapi kita nak tunjuk yang ada material dari universiti, ‘talent’ yang boleh kita tunjukkan”, reaksi jurulatih MUFT, Ridzuan Abu Shah selepas kejayaan menewaskan PDRM.
Kemenangan ini juga menyaksikan MUFT bakal berdepan pasukan gergasi liga super, JDT di peringkat suku akhir dan itu merupakan satu perlawanan yang bakal beri pengalaman berharga kepada pemain universiti, tambah Ridzuan.
#bola sepak #Piala FA #Rencana