Piala FA: Padang SNBJ di tahap terbaik, yakin tiada lagi aksi rumput berterbangan
ss
Ogos 22, 2024 16:54 MYT
Ogos 22, 2024 16:54 MYT
"Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sudah bersedia", itu tegas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil, menjelang perlawanan akhir Piala FA 2024/2025 di antara juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor.
Iliyas memberi jaminan final yang bakal memasuki edisi ke-34 tahun itu akan berjalan lancar memenuhi jangkaan.
Jelasnya, permukaan padang SNBJ yang menggunakan rumput jenis zeonzoysia berada di tahap optimum, namun masih memerlukan kerja penambahbaikan terutama di bahagian sudut padang sebelum sepak mula jam 9 malam, Sabtu ini.
Keadaan terkini padang SNBJ menjelang aksi Final Piala FA 2024/25 di antara Johor Darul Ta'zim vs Selangor pada Sabtu. ?️ Laporan penuh di Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/bKe65BaAD8
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) August 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami sudah bersedia. Kami yakin rumput tidak akan tertanggal, berterbangan dan sebagainya, itu daripada segi prestasi.
"Yang kedua adalah daripada segi rupa. Kami akur ada sedikit masalah. Bahagian tengah padang sudah OK tapi (bermasalah) di bahagian penjuru sebab reka bentuk bumbung stadium ini -- kurang sedikit (menerima) pancaran matahari.
"Kami akan buat penambahbaikan sebelum perlawanan, Insya-Allah visual akan berada di tahap memuaskan.
"Kami telah buat kerja perparitan, setakat ini air tidak pernah bertakung. Kami yakin daripada segi hujan, Insya-Allah padang akan berada dalam keadaan baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi.
Dalam perkembangan sama, dia menggesa penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
"Saya pelawa semua penyokong semua datang, saksikan bertanding di atas padang yang kami telah sediakan serta berharap semua orang akan datang dan balik dengan balik," katanya lagi.