Negeri Sembilan membawa bekalan selesa dalam saingan pusingan 16, Piala FA Malaysia 2025/26 apabila menewaskan PDRM 5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendahulu seawal minit kedua permainan apabila rembatan Jovan Motika menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti menewaskan Ifwat Akmal.
Ketika perlawanan masih berbaki lima minit sebelum masuk ke bilik persalinan, Motika sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring berbisa sekali lagi untuk jaringan kedua, sebelum Joseph Esso menambah jaringan pada minit ke-45 untuk menutup babak pertama dengan Skuad Jang mendahului PDRM 3-0.
Skuad Sang Saka Biru memperkemaskan corak permainan daripada aspek pertahanan untuk menangkis serangan demi serangan yang dirancang anak buah Nizam Jamil.
Namun, pemain gantian kelahiran Jepun, Mio Tsuneyasu, menewaskan barisan pertahanan PDRM untuk jaringan keempat Negeri Sembilan pada minit ke-75.
Selang tujuh minit kemudian, Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan gol jaringan Esso dengan ketajamannya untuk melengkapkan malam gemilang Negeri Sembilan di laman sendiri dengan kedudukan 5-0 yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Dalam pada itu, dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menyaksikan Kelantan The Real Warriors menewaskan Kuala Lumpur City (KLC) 3-1.
Kedua-dua pasukan akan membuat pertemuan sekali lagi dalam aksi timbal balik pusingan 16 nanti.
Dapatkan Sekarang

Kasut Bola Baru, Semangat Pun Baru
Selesa, ringan & tahan lasak — sesuai untuk sesi training mahupun game hujung minggu. Pilihan tepat untuk semua peminat bola.
Dapatkan Sekarang