Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Ndombele perlu beraksi baik untuk ubah persepsi, kata Conte

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

antonio-conte-and-tanguy-ndombele.jpg
TOTTENHAM HOTSPUR 3 MORECAMBE  1

Antonio Conte faham apa yang sedang dilalui Tanguy Ndombele selepas diejek oleh penyokong Tottenham tetapi berkata segalanya terpulang kepada pemain tengah itu untuk kembali memenangi hati penyokong mereka.

Ndombele menghadapi kecaman penyokong sendiri ketika dikeluarkan sewaktu Conte melakukan tiga pertukaran serentak selepas pasukannya ketinggalan 0-1 kepada Morecambe dalam pusingan ketiga Piala FA malam tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu berjalan terus ke terowong pemain dan ia meningkatkan spekulasi mengenai masa depan kariernya di Spurs, yang tidak pernah menyerlah sejak tiba daripada Lyon pada Julai 2019.

Ditanya dalam sidang media selepas perlawanan itu mengenai reaksinya terhadap ejekan yang diterima Ndombele, Conte berkata: "Saya hanya fokus terhadap apa yang berlaku di atas padang.

"Dalam bola sepak, anda perlu beraksi baik untuk mengubah pandangan sekiranya ada orang yang kecewa dengan anda.

"Ia juga berlaku kepada saya sewaktu bergelar pemain, di mana ada orang yang kecewa dengan prestasi saya," katanya.

Conte menambah: "Kita perlu sedar bahawa sekiranya kita beraksi baik, penyokong akan gembira. Jika anda tidak dapat beraksi baik, penyokong tidak akan gembira. Inilah bola sepak.

"Jika kita fikir penyokong akan sentiasa gembira setiap masa,sama ada ketika anda menang atau kalah, saya fikir ia sesuatu yang tidak betul.

"Saya juga, apabila saya tidak menang, saya tidak gembira, saya kecewa dan saya fikir ia sesuatu yang baik," katanya.



Pertukaran yang dilakukan Conte jelas membuahkan hasil apabila Tottenham menghasilkan tiga gol selepas minit ke-74 untuk menewaskan pasukan daripada liga divisyen tiga, Morecambe, 3-1 bagi mengesahkan tempat ke pusingan keempat.

Dua daripada pemain gantian itu, Lucas Moura dan Harry Kane, berada dalam senarai penjaring selepas Harry Winks memadamkan jaringan voli Anthony O'Connor dalam babak pertama.

Ia merupakan jaringan kelima Lucas daripada 13 perlawanan di bawah bimbingan Conte dan ia jauh lebih baik berbanding satu gol yang diperolehnya sepanjang tempoh sama di bawah kendalian bekas jurulatih, Nuno Espirito Santo.

"Saya fikir sewaktu perlawanan, anda perlu mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah, terutama dengan kekurangan yang saya dapat lihat ketika kami ketinggalan 0-1 dan perlu melakukan sesuatu.

"Tetapi kes itu hanya berlaku jika anda mempunyai pemain terbaik di bangku pemain simpanan.

"Saya memilih untuk memberikan sedikit waktu rehat buat Lucas dan Kane tetapi anda boleh mengubah keadaan dengan pemain seperti ini," katanya lagi.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Piala FA Inggeris
Sabtu, 06 Dis
Round 2
03:30 AM
Salford City-team-logo Salford City
Leyton Orient-team-logo Leyton Orient
11:00 PM
Exeter City-team-logo Exeter City
Wycombe Wanderers-team-logo Wycombe Wanderers
11:00 PM
Swindon Town-team-logo Swindon Town
Bolton Wanderers-team-logo Bolton Wanderers
11:00 PM
Fleetwood Town-team-logo Fleetwood Town
Luton Town-team-logo Luton Town
11:00 PM
Milton Keynes Dons-team-logo Milton Keynes Dons
Oldham Athletic-team-logo Oldham Athletic
11:00 PM
Accrington Stanley-team-logo Accrington Stanley
Mansfield Town-team-logo Mansfield Town
11:00 PM
Chelmsford City-team-logo Chelmsford City
Weston Super Mare-team-logo Weston Super Mare
11:00 PM
Port Vale-team-logo Port Vale
Bristol Rovers-team-logo Bristol Rovers
11:00 PM
Cheltenham Town-team-logo Cheltenham Town
Buxton FC-team-logo Buxton FC
11:00 PM
Peterborough United-team-logo Peterborough United
Barnsley-team-logo Barnsley
11:00 PM
Stockport County-team-logo Stockport County
Cambridge United-team-logo Cambridge United
11:00 PM
Wigan Athletic-team-logo Wigan Athletic
Barrow-team-logo Barrow
11:00 PM
Grimsby Town-team-logo Grimsby Town
Wealdstone FC-team-logo Wealdstone FC

Must Watch Video