Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Nafuzi lega percaturan TFC berhasil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu.jpg
'Saya percaya kemampuan pemain', itu kata-kata jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain, lega percaturan berani mati ketika tempang tanpa seorang pemain membuahkan hasil apabila berjaya menyingkirkan juara bertahan, Kedah Darul Aman 1-0 semalam.

Nafuzi bagaimanapun mengakui belum terbayang aksi separuh akhir walaupun Kuching City FC jadi lawan seterusnya buat skuad Peteh.

"Saya mempercayai kemampuan pemain saya dan mereka telah melakukan tugas dengan baik dalam perlawanan ini," kata Nafuzi.

"Terengganu meletakkan sasaran untuk mara ke final, namun perkara utama adalah memastikan perlawanan demi perlawanant terlebih dahulu."

Terengganu memastikan kemenangan menerusi gol tunggal yang disempurnakan oleh Faiz Nasir selepas menerima hantaran Faisal Halim.

 

Advertisement

Must Watch Video