Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: MUFT mangsa amukan 9-0 Gergasi Merah, hatrik Moraes curi tumpuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chrigor-moraes.jpg
SELANGOR 9 MUFT 0 

Seperti dijangka, Selangor tidak berdepan laluan sukar merintis laluan ke suku akhir Piala FA.


Berbekalkan kemenangan perlawanan pertama 3-1, Selangor tetap belum puas dan jelas mahu mengesahkan kemaraan mereka dengan jumlah gol yang besar.

Ini The Red Giants sudah berada di depan terbukti pada minit ke-12 selepas tandukan Kevin Deeromram menerjah gawang Malaysian University (MUFT) selepas menerima hantaran Faisal Halim. 




'Mickey' yang dipalit isu peribadi sebelum ini kembali menjadi penggerak Selangor dengan hantarannya membuka ruang kepada penjaring terbanyak pasukan, Chrigor Moraes, sebelum disudahkan Quentin Cheng.

Moraes sendiri selepas itu memahat nama selaku penjaring dengan gol ketiga perlawanan pada masa kecederaan sebelum tuan rumah ke bilik persalinan dengan agregat 6-1.



Deeromram memastikan Stadium MBPJ terus bergema dengan gol keempat perlawanan sebaik aksi bersambung.

Gol kelima pula menyusul melalui Alvin Fortes yang memanfaatkan hantaran Moraes untuk memperdayakan penjaga gol MUFT. 

Anak buah Katsuhito Kinoshi terus membuktikan jurang kualiti yang besar dengan gol keenam mudah diperolehi melalui pemain gantian, Zach Cloff, pada minit ke-70.

Gawang MUFT terus dirobek Moraes yang melengkapkan hatriknya dengan menambah gol ketujuh dan kelapan dalam masa empat minit sahaja.

Pada saat akhir, Selangor sempat menambah satu lagi gol melalui Zikri Khalili untuk kemenangan agregat 12-1 ke atas MUFT. 





 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video