Ganjaran Middlesbrough kerana menyingkirkan Manchester United daripada Piala FA adalah perlawanan di tempat sendiri bertemu Tottenham dalam pusingan kelima.
Skuad Bro kendalian Chris Wilder menyingkirkan Red Devils menerusi penentuan penalti selepas seri 1-1 di Old Trafford dan kini berdepan Spurs, yang menewaskan Brighton 3-1 Sabtu lalu.
Bagi pusingan kelima, Southampton menerima kunjungan West Ham selepas pasukan David Moyes mengelak daripada penyingkiran ketika bertemu kelab Liga Kebangsaan Utara, Kidderminster Harriers.
Dalam kalangan elit EPL, Chelsea akan pergi ke Luton Town, Manchester City pergi ke Peterborough United, dan Liverpool akan bertemu Norwich City di Anfield.
Penyandang juara, Leicester, mengalami kejutan apabila disingkirkan Nottingham Forest, manakala Stoke City berkunjung ke Selhurst Park bertemu Crystal Palace.
Skuad Everton bimbingan Frank Lampard bakal bertemu Boreham Wood di Goodison Park, di mana bekas pengurus Chelsea itu menikmati permulaan cemerlang dengan kemenangan 4-1 ke atas Brentford.