Penyerang Harimau Malaya, Darren Lok, mengakui teruja apabila berjaya membantu pasukannya, Sabah, meraih bekalan selesa 6-0 menjelang perlawanan timbal balik kedua Pusingan 16 Piala FA bertemu Bunga Raya di Likas, 13 September depan.
Lebih manis, tiga jaringan yang dicetak tonggak berusia 34 tahun itu menyaksikan dia menamatkan kemarau tiga tahun selepas kali terakhir meledak hatrik ketika menyarung jersi Petaling Jaya (PJ) City pada musim 2022.
Lok turut memasang impian membawa skuad kendalian Daniel Jean-Paul untuk mara sejauh mungkin dalam kempen tersebut selepas perjalanan mereka musim lalu terhenti di pentas suku akhir.
Untuk rekod, musim lalu Darren Lok telah tampil dalam 24 perlawanan dan merekodkan lima jaringan dalam semua kejohanan domestik Liga Malaysia (Liga-M) yang disertai Sang Badak.
"Keputusan yang baik tapi bukan mudah kerana anda perlu menentang pasukan daripada divisyen berlainan.
"Semua perlu kekal profesional.
"Saya sangat gembira dapat menjaringkan gol, lebih-lebih lagi hatrik. Jadi saya dapat motivasi tambahan untuk bermain dalam semua pertandingan.
"Saya bermain di posisi berbeza musim ini sebagai pemain sayap. Kami mahu mara sejauh mungkin dan berada di kelompok terbaik," katanya di Nadi Arena.
Dapatkan Sekarang

?️ 'Always happy to score, happy to get another hat-rick...' - Darren Lok, 3 gol Piala FA 2025/26 ⚽⚽⚽
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) August 18, 2025
Ini merupakan hat-rick kedua Darren Lok dalam kancah Liga M selepas melakukannya pada April 2022 ketika menyarung jersi PJ City FC.@ASTROARENA pic.twitter.com/qc8C9ZZLnM
"Keputusan yang baik tapi bukan mudah kerana anda perlu menentang pasukan daripada divisyen berlainan.
"Semua perlu kekal profesional.
"Saya sangat gembira dapat menjaringkan gol, lebih-lebih lagi hatrik. Jadi saya dapat motivasi tambahan untuk bermain dalam semua pertandingan.
"Saya bermain di posisi berbeza musim ini sebagai pemain sayap. Kami mahu mara sejauh mungkin dan berada di kelompok terbaik," katanya di Nadi Arena.

Bersedia Turun Padang
Kasut bola ringan & grip kuat untuk main dengan lebih yakin. Sesuai untuk training atau perlawanan.
Dapatkan Sekarang