Piala FA Malaysia: Selangor kekal sebagai pasukan terbaik, JDT berpeluang lebarkan rekod kejuaraan
Ogos 21, 2024 11:57 MYT
Berikut merupakan maklumat berkaitan Piala FA Malaysia yang perlu anda ketahui menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2024 pada 24 Ogos 2024 (Sabtu).
Pasukan Selangor kekal menjadi pasukan paling berjaya dalam kempen Piala FA Malaysia dengan muncul juara sebanyak 3 kali dan naib juara 3 kali. Manakala bagi pasukan JDT, mereka akan membawa status juara bertahan dan berpeluang melengkapkan hatrik kejuaraan setelah menjulang Piala FA Malaysia pada tahun 2022 dan 2023.
Sejarah Piala FA Malaysia
Piala FA Malaysia merupakan salah satu kejohanan berprestij di Malaysia yang mula diperkenalkan pada tahun 1990 menerusi format kalah mati. Kejohanan yang sebelum ini dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini berpindah tangan ke badan organisasi MFL bermula musim 2016.
Uniknya penganjuran Piala FA Malaysia ini di mana ia membabitkan penyertaan pasukan dari Liga Super Malaysia dan Liga A1 Semi-Pro Malaysia (dahulu dikenali sebagai Liga M3). Juara Piala FA Malaysia berpeluang untuk mengisi slot bersaing dalam kejohanan Asia bersama-sama pemenang dari juara Liga Super Malaysia.
No. | Pasukan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|---|
1 | Selangor | 5 | 3 |
2 | Kedah Darul Aman | 5 | 1 |
3 | Sri Pahang | 3 | 2 |
4 | Kuala Lumpur City | 3 | 2 |
5 | Johor Darul Ta'zim | 3 | 1 |
6 | Perak | 2 | 4 |
7 | Kelantan | 2 | 3 |
8 | Terengganu | 2 | 3 |
9 | Negeri Sembilan | 2 | - |
10 | Sabah | 1 | 3 |
11 | Sarawak | 1 | 2 |
12 | Pulau Pinang | 1 | 2 |
13 | Johor | 1 | - |
14 | LionsXII | 1 | - |
15 | Perlis | - | 3 |
16 | PKNS | - | 1 |
17 | Felda United | - | 1 |
18 | Sime Darby | - | 1 |
Info Siaran Langsung (Live Streaming) Final Piala FA Malaysia 2024: JDT vs Selangor
Tarikh: 24 Ogos 2024
Masa: 9 malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur