Piala FA: Liverpool 'tidak cukup bagus musim ini', kata Robertson selepas tersingkir

Ammar Hakim
Januari 30, 2023 08:46 MYT
Liverpool mahukan permulaan baharu pada 2023 tetapi Andrew Robertson berkata The Reds 'tidak cukup bagus' musim ini dan bermain 'lebih teruk' sejak tamat Piala Dunia.
Pemain skuad kebangsaan Scotland itu mengetuai pasukan kendalian Jurgen Klopp di Brighton and Hove Albion ketika jaringan minit akhir Kauro Mitoma menyingkirkan juara bertahan Piala FA itu pada pusingan keempat.
Harvey Elliot terlebih dahulu menyamakan kedudukan dalam separuh masa pertama sebelum penjaring gol pembukaan, Lewis Dunk, melakukan bantuan buat Mitoma bertindak sebagai penjaring gol kemenangan 2-1 semalam.
Anak buah Klopp terkeluar dari kedua-dua piala domestik dan hanya menduduki tempat kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris, setelah memenangi hanya lapan daripada 19 perlawanan pembukaan liga utama mereka.
Setelah tewas sembilan kali dalam 31 perlawanan di semua pertandingan kempen ini, Robertson meratapi prestasi buruk Liverpool yang berterusan selepas rehat Piala Dunia.
"Musim ini tidak cukup baik," kata Robertson kepada ITV Sport.
"Pada awal tahun, kami mahukan permulaan baharu, tetapi itu tidak berlaku -- kami lebih teruk. Dalam liga, kami belum cukup bagus dan kini kami terkeluar daripada kedua-dua piala."

9 - Liverpool have lost nine games in all competitions this season (from 31 matches), more than twice as many defeats as in the whole of last season (4 from 63 matches). Dejected. pic.twitter.com/jhLg9vY3LZ

— OptaJoe (@OptaJoe) January 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
;