Piala FA: Kita boleh tebus balik di laman sendiri -- Nidzam Jamil


Jun 30, 2024 13:48 MYT
Selangor percaya masih mampu untuk melakar kebangkitan pada aksi timbal balik selepas tewas 1-2 kepada Kuching City FC dalam aksi pertama Piala FA di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu.
Pengendali skuad Gergasi Merah, Nidzam Jamil berkata, beliau tidak gusar dengan kekalahan tersebut dan optimis para pemainnya akan dapat menebus kekalahan tersebut di laman sendiri hujung minggu ini.

"Kita ada peluang untuk mendapatkan balik kemenangan di laman kita nanti" ?️ Reaksi Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil mengenai perlawanan menentang Kuching City FC yang berkesudahan #GergasiMerah tewas tipis 2-1 pada perlawanan Suku Akhir pertama Piala FA di Stadium Negeri, malam… pic.twitter.com/N9Xu0IKmRk

— Selangor FC (@selangorfc) June 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini Piala FA, sudah tentu keputusan yang diraih hari ini tidak menggembirakan. Tetapi, perkara baiknya kita boleh tebus balik di laman sendiri.
"Untuk kata kita main teruk. Dalam bola sepak ini kalau anda menang, ia bagus. Tetapi bila kalah ada banyak perkara yang perlu diperbaiki.
"Namun, pemain cukup positif untuk dapatkan balik kemenangan (di laman sendiri)," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
Dalam perlawanan itu, skuad merah kuning itu terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Ronnie Fernandez pada minit ke-31 sebelum Kuching City menyamakan kedudukan pada masa kecederaan oleh James Okwuosa.

? Antara aksi-aksi babak kedua pada perlawanan #KUCSFC di Stadium Negeri sebentar tadi. Perjalanan kita masih belum tamat #GergasiMerah. Kita masih ada 90 minit lagi untuk bangkit! Terus percaya, #RedGiants! ❤️?#SFC #MKLK #KUCSFC#MerahKuning #LambangKebanggaanpic.twitter.com/AIukeqmSLR

— Selangor FC (@selangorfc) June 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jordan Mintah melengkapkan kebangkitan skuad Borneo itu melalui jaringan pada minit ke-64 untuk membawa bekalan satu gol ke Stadium Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Sabtu ini. - Sinar Harian
#Selangor #Piala FA Malaysia #Nidzam Jamil #Kuching City