Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Kelantan TRW tumbangkan KL City, bawa bekalan dua gol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ifedayu-kelantan-trw.jpg
Kelantan The Real Warriors (TRW) memperoleh kelebihan dua gol apabila menumbangkan Kuala Lumpur City 3-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala FA di Kota Bharu malam tadi.

Rekod di atas kertas jelas memihak KL City tetapi aksi di atas padang mencerminkan sebaliknya dengan tuan rumah membuka jaringan seawal minit keempat menerusi penyudah penyerang import, Ifedayo Olusegun.

Berselang 10 minit, Ifedayo membuktikan betapa dia masih memiliki sentuhan berbisa untuk menggandakan kelebihan TRW, yang dipertahankan sehingga ke bilik persalinan.

Tekanan lebih berat dialami KL City apabila Sean Selvaraj menambah satu lagi jaringan buat TRW pada minit ke-62, mujur pemain kebangsaan, Syamer Kutty Abba, berhasil mengecilkan jurang itu kepada 3-1 pada minit ke-86.

KL City berpeluang memperoleh tambahan jaringan dalam waktu kecederaan tetapi malangnya Safawi Rasid gagal menyudahkan sepakan penalti untuk Kelantan kekal dengan kelebihan dua gol menjelang aksi kedua di Cheras pertengahan bulan depan.
 
Football Shoes

Ready Untuk Game Seterusnya?

Rekaan sporty, selesa dipakai & tahan lasak. Sesuai untuk training harian atau perlawanan.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video