Piala FA: Kami akan berikan aksi terbaik berdepan JDT -- Irfan Zakaria
Saufi Tahir
Ogos 4, 2024 19:46 MYT
Ogos 4, 2024 19:46 MYT
Pertahanan berpengalaman Kedah Darul Aman (KDA), Muhammad Irfan Zakaria, menegaskan dia dan rakan sepasukannya sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk berdepan pendahulu liga Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Meskipun bakal beraksi tanpa kelibat empat tonggak utama, Irfan percaya barisan pemain sedia ada mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh pengendali pasukan, Nafuzi Zain, bagi mengekang asakan pasukan tuan rumah.
Sesi latihan pra-perlawanan Separuh Akhir 2 Piala FA 2024/25 petang tadi. Pemain-pemain mempamerkan semangat tinggi untuk menghadapi perlawanan malam esok! ? Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pic.twitter.com/48uYPyrKsp
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
KDA yang ketinggalan dengan agregat 2-1 ketika ini, akan bertandang ke SSI tanpa khidmat penyerang, Syafiq Ahmad yang berstatus pemain pinjaman JDT, selain Rizal Ghazali, Sukhrob Nurulloev serta Zamri Pin Ramli yang masih berada dalam senarai kecederaan.
"Bagi saya mungkin kita tahu KDA kekurangan pemain import berikutan Nurulloev mengalami kecederaan, tempat itu akan diisi oleh pemain tempatan.
"Ketiadaan Riza Ghazali juga akan diisi oleh Afiq memandangkan dia telah bermain dalam perlawanan lepas, mereka akan berikan apa yang jurulatih mahukan.
"Kita tahu JDT tidak pernah tewas di SSI, kita tahu mereka bermati-matian untuk menang di gelanggang sendiri, oleh itu kami akan berikan yang terbaik." Katanya kepada Nadi Aremna