Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, mengakui anak buahnya perlu bijak menyesuaikan diri dengan taktik membuang masa PDRM FC.

Tatkala rakan sejawatnya, Azzmi Aziz, berkongsi kelegaan dengan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, apabila strategi The Cops buat 'sekatan jalan raya' menjadi apabila dibolosi tiga gol.

"Inilah bola sepak, pada penghujung hari yang perlu mempertahankan pemain adalah pengadil.

"Biar dia melakukan kerjanya dengan baik demi pembangunan bola sepak.

"Ia sentiasa berkait dengan situasi berbeza, banyak faktor. Ada masanya disebabkan pihak lawan.




"Kami tidak menyalahkan pemain tapi kami perlu belajar bagaimana untuk menanganinya kerana bakal bertemu lawan yang sama minggu depan," katanya dalam sidang media malam tadi.

Menurut Azzmi pula: "(Ini) faktor normal, kami sudah terbiasa perlu tanganinya dalam bola sepak Malaysia, tapi di tahap antarabangsa tak buat begini.

"Kita tahu JDT berada di kelas tersendiri jadi kami kena ambil kesempatan dengan pendekatan seperti ini.

"Kami tidak boleh terlalu terbuka berdepan mereka, sangat-sangat sukar."