Penyandang juara Piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT), meraih kemenangan 2-1 ke atas Kuching City di Stadium Negeri dalam pertembungan separuh akhir pertama, sebentar tadi.
JDT berkunjung ke bumi Kenyalang dengan misi meneruskan langkah ke pentas final, dan mereka berjaya membuka akaun jaringan pada minit ke-36 menerusi Bergson da Silva.
Bersambung dalam separuh masa kedua, JDT berjaya menambah bilangan jaringan, Bergson sekali lagi bertindak cemerlang menewaskan penjaga gol, Haziq Nadzli.
Kuching City berjaya mengurangkan defisit jaringan apabila Joao Pedro meledak gol sekaligus meningkatkan semangat tuan rumah.
JDT dan Kuching City saling bertukar serangan namun kelebihan memihak JDT yang membawa bekalan satu gol menjelang aksi kedua di Stadium Sultan Ibrahim nanti.
Semua barangan sukan kini hanya di hujung jari anda!
Beli secara online di: https://stadiumastro.com/campaign/shop
Banyak lagi diskaun! Rebut diskaun ini sekarang!!