Piala FA Inggeris: Ten Hag geram pencapaian ke final dipandang remeh
Saufi Tahir
April 24, 2024 09:17 MYT
April 24, 2024 09:17 MYT
Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag, menyifatkan reaksi terhadap kemenangan di peringkat separuh akhir Piala FA Inggeris yang melibatkan Manchester United ke atas Coventry City sebagai 'memalukan' dan umpama satu 'penghinaan'.
Setelah melepaskan kelebihan 3-0 di Stadium Wembley, kelmarin, ketika perlawanan masih berbaki 20 minit tetapi menang menerusi penentuan sepakan penalti ketika menentang pasukan dari Liga Kejuaraan itu dikritik hebat oleh pakar dan peminat bola sepak.
Ten Hag menjawab dengan penuh keyakinan bahawa kemenangan yang diraih anak buahnya bukan sesuatu yang memalukan sambil menganggap reaksi sesetengah pihak hanya bersifat berlebihan sahaja.
"Persoalannya: Adakah ia memalukan? Tidak, sebaliknya reaksi daripada anda lebih memalukan. Ia adalah komen. Bola sepak di peringkat tinggi adalah mengenai keputusan perlawanan, kami berjaya ke perlawanan akhir, kami layak mendapatkannya bukan sahaja dalam perlawanan ini malah perlawanan lain juga.
The #FACup final details have been confirmed ? ?️ Saturday 25 May ? 15:00 BST ?️ @WembleyStadium#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) April 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami hilang kawalan selama 20 minit, kami juga bernasib malang daripada kedudukan 3-2 menjadi 3-3. Kami sangat bertuah pada akhirnya. Kami sangat bagus dalam penentuan sepakan penalti, kami berjaya ke final dan ia adalah pencapaian besar. Dua kali dalam dua tahun adalah menakjubkan.
"Sebagai pengurus, kami mara ke empat perlawanan akhir dalam tempoh empat tahun. Komen itu memalukan." katanya.