Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Sejarah baru jadi motivasi tambahan buat City

city.jpg
Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, mempercayai bahawa mencipta sejarah adalah "motivasi tambahan" untuk Manchester City menjelang perlawanan akhir Piala FA Inggeris menentang Manchester United, malam ini.

 Manchester City, yang menjadi pasukan pertama memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL), dalam empat musim berturut-turut, berpeluang meraih gelaran Piala FA Inggeris berturut-turut jika menewaskan United.

Guardiola menyatakan bahawa motivasi utama mereka adalah untuk menang, tetapi mencipta sejarah memberi dorongan tambahan. 

"Jika sejarah memberi kita peluang untuk melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini, cubalah," katanya.

Advertisement

Must Watch Video