Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Penyokong bola sepak kecewa Coventry gagal atasi Man United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

coventry.jpg
Penyokong mendakwa VAR 'memusnahkan salah satu detik terbaik Piala FA' selepas jaringan minit-minit akhir Coventry City ketika bertemu Manchester United dibatalkan ekoran ofsaid serta melabel ia 'mematikan nilai bola sepak'.

Rata-rata penyokong bola sepak yang menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala FA berang apabila VAR membatalkan jaringan Coventry ke atas Manchester United yang dibatalkan kerana ofsaid, ada yang menyifatkan ia sebagai 'salah satu keputusan penuh berkontroversi'.

Kelab divisyen Kejuaraan itu hampir melengkapkan kebangkitan yang menakjubkan apabila bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk mengheret United ke masa tambahan di Wembley.

Ketika perlawanan berbaki beberapa saat sahaja lagi, Coventry menyangkakan mereka telah memenangi perlawanan apabila Victor Torp menjaringkan gol pada minit ke-121.

Mereka yang meraikan jaringan tersebut tersentak apabila VAR mendapatkan penyerang, Haji Wright, hanya seinci ofsaid ketika pasukan melancarkan serangan.

United kemudian menang menerusi penentuan penalti dan bakal bertemu Manchester City dalam aksi ulangan final tahun lalu, di mana The Red Devils tewas 2-1.

Penyokong rata-rata menggunakan media sosial yang menyaksikan The Sky Blues terlepas peluang menjadi pasukan pertama bukan dari Liga Perdana Inggeris layak ke final Piala FA sejak Cardiff pada 2008.

Salah seorang penyokong menulis di X: 'Habis bola sepak. VAR merosakkan salah satu momen terhebat Piala FA yang pernah ada.

'Pemain ofsaid kurang seinci. Coventry sepatutnya berada di final. Sungguh menyedihkan.'

Seorang lagi menambah, "VAR membunuh semua kegembiraan sukan. Coventry menghasilkan salah satu momen terhebat dalam sejarah namun dihancurkan kerana Wright berada dalam kedudukan ofsaid."

Sementara itu, calon pemilihan Datuk Bandar London, Count Binface menulis: "Undi Binface dan saya akan memansuhkan VAR.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Piala FA Inggeris
Sabtu, 06 Dis
Round 2
03:30 AM
Salford City-team-logo Salford City
Leyton Orient-team-logo Leyton Orient
11:00 PM
Port Vale-team-logo Port Vale
Bristol Rovers-team-logo Bristol Rovers
11:00 PM
Peterborough United-team-logo Peterborough United
Barnsley-team-logo Barnsley
11:00 PM
Accrington Stanley-team-logo Accrington Stanley
Mansfield Town-team-logo Mansfield Town
11:00 PM
Milton Keynes Dons-team-logo Milton Keynes Dons
Oldham Athletic-team-logo Oldham Athletic
11:00 PM
Chelmsford City-team-logo Chelmsford City
Weston Super Mare-team-logo Weston Super Mare
11:00 PM
Cheltenham Town-team-logo Cheltenham Town
Buxton FC-team-logo Buxton FC
11:00 PM
Exeter City-team-logo Exeter City
Wycombe Wanderers-team-logo Wycombe Wanderers
11:00 PM
Grimsby Town-team-logo Grimsby Town
Wealdstone FC-team-logo Wealdstone FC
11:00 PM
Swindon Town-team-logo Swindon Town
Bolton Wanderers-team-logo Bolton Wanderers
11:00 PM
Stockport County-team-logo Stockport County
Cambridge United-team-logo Cambridge United
11:00 PM
Fleetwood Town-team-logo Fleetwood Town
Luton Town-team-logo Luton Town
11:00 PM
Wigan Athletic-team-logo Wigan Athletic
Barrow-team-logo Barrow

Must Watch Video