Piala FA Inggeris: Newcastle bangkit atasi Bromley di St. James Park

Zikri Aziz
Januari 13, 2025 13:52 MYT
Perlawanan pusingan ketiga Piala FA Inggeris yang berlangsung di Stadium St. James Park menyaksikan Newcastle bangkit daripada ketinggalan sebelum mencipta kemenangan ke atas Bromley 3-1 untuk mara ke pusingan seterusnya, awal pagi tadi.
Bromley yang kini beraksi di Liga Divisyen 2 Inggeris berjaya membuka jaringan terlebih dahulu pada minit kelapan menerusi Cameron Congreve yang membuat rembatan dari luar kotak penalti berjaya untuk memberikan kelebihan buat pasukan pelawat
Namun The Magpies tidak menunggu lama untuk kembali menyamakan kedudukan apabila Lewis Miley berjaya mengikat kedudukan pada minit k-16 dengan sepakan yang cukup baik untuk menewaskan Grant Ashley Smith.
Tidak menunggu lagi, Newcastle terus menggandakan kedudukan empat minit selepas babak kedua perlawanan bermula selepas Anthony Gordon berjaya sempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan akibat kekasaran yang dilakukan pasukan lawan terhadap Matt Target.
William Osula menutup malam Newcastle dengan menjaringkan gol ketiga buat tuan rumah. Perlawanan tamat dengan skor 3-1 memihak Newcastle dan mara ke pusingan ke-4.
#Piala FA Inggeris #Newcastle #Bromley
;