Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Mainoo, Garnacho pemain muda pertama jaringkan gol di final selepas Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cr.jpg
Pemain berusia 19 tahun, Kobbie Mainoo dan Alejandro Garnacho, menjadi pemain muda pertama menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris selepas pemain terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo pada tahun 2004.

Ironinya, ketiga-tiga pemain tersebut bermain untuk pasukan gergasi England, Manchester United.

Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan United berhasil mendapatkan jaringan melalui pemain terbaik pasuka itu, Alejandro Garnacho, selepas kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan, Josko Gvardiol, yang berdepan salah faham bersama Ortega pada minit ke-30.

Sembilan minit kemudian, giliran pemain muda, Kobbie Mainoo, menggandakan jaringan buat United selepas gerakan cantik dari ketua pasukan, Bruno Fernandes, bijak mengelirukan pertahanan untuk memberikan kelebihan buat pasukan United 2-0.

Advertisement

Must Watch Video