Sophia Amelia, yang merupakan isteri kepada Kai Havertz meluahkan rasa kesalnya berhubung kecaman yang dilemparkan terhadap tonggak Arsenal itu.
Havertz terlepas dua peluang menarik di dalam kotak penalti dan ketumpulan penyudahnya itu antara punca Arsenal terkandas dalam Piala FA Inggeris menerusi penentuan sepakan penalti kepada Manchester United di London, awal pagi tadi.
Namun, Sophia terkilan dengan ancaman berlebihan itu termasuk ada yang mendoakan perkara tidak baik terjadi ke atas keluarga mereka.
Antaranya turut mengugut akan memecah rumah pasangan itu dan menyembelih bayi mereka selain berharap isterinya tersebut keguguran.
Lantas, Sophia memberi nasihatnya di Instragram dengan berbunyi: "Saya tidak tahu apa nak dikatakan tetapi tolonglah hormat. (Peradaban) kita lebih baik daripada ini."
Shaiful Shamsudin
Mon Jan 13 2025