Stadium Astro logo
PIALA FA INGGERIS

Piala FA Inggeris: Erling Haaland hampir jadi punca Man City tak beraya

article-author-avatar
Najmi Iman 30/03/2025 | 23:01 MYT
Article ribbon Piala FA Inggeris: Erling Haaland hampir jadi punca Man City tak beraya
Pemain remaja Manchester City, Nico O'Reilly, menjadi wira kelab itu selepas melakukan dua bantuan jaringan untuk membawa juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu kembali ke Stadium Wembley, bulan depan.
Namun, penyokong The Citizen tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan anak buah Pep Guardiola apabila kerap kali gagal menyempurnakan peluang terhidang.
Penyerang sensasi, Erling Haaland, semakin diragui kredibilitinya apabila sepakan penaltinya berjaya diselamatkan penjaga gol Bournemouth sebelum tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi Francisco Evanilson pada minit ke-21.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Man City terpaksa menunggu sehingga babak kedua permainan untuk menyamakan kedudukan melalui bekas pemain Borussia Dortmund itu yang menebus semula kekecewaannya untuk kedudukan 1-1.
Dan jaringan kemenangan Man City hadir pada minit ke-63 selepas Omar Marmoush menghantar penjaga gol, Kepa Arrizabalaga, bersama rakan-rakannya tersingkir daripada kempen Piala FA Inggeris bagi ke separuh akhir.
#bola sepak #Manchester City #Bournemouth #Piala FA Inggeris