Bekas pengadil negara, Subkhiddin Mohd Salleh, memiliki pandangan mengenai lontaran ke dalam yang dilakukan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Matthew Davies, ketika perlawanan separuh akhir Piala FA, malam tadi.
Harimau Selatan membawa bekalan tipis ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selepas menewaskan Kuching City 2-1 di tempat lawan.
Ruangan komen Astro Arena di salah satu hantaran di X dihujani pendapat, dan mempertikai cara balingan pertahanan Harimau Malaya itu sehingga tercetus gol pertama buat skuad kendalian Xisco Munoz oleh penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson Da Silva.
Ramai yang menganggap bahawa teknik menyalahi undang-undang serta batal.
Namun, bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu menolak persepsi tersebut.
Subkhiddin berkata bahawa Matt Davies melontar dengan sempurna.
"Kaki pemain tersebut tidak menjejak tanah hanya selepas bola dilontar dengan sempurna," katanya.
Rujuk penjelasan terperinci olehnya di sini:
Dapatkan Sekarang

Saya fikir 'thrower' telah melontar dengan sempurna.
— subkhiddin (@subkhiddin1) November 9, 2025
- stand facing the field of play,
- have part of each foot on the touchline or on the ground outside the touchline
- throw the ball with both hands from behind and over the head from the point where it left the field of play. pic.twitter.com/7T1QICrQFZ

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang